Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Khamis, 12 Ogos 2010

MINGGU AKHIR DI BUMI TANTA

ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdulillah..dapat juga diri ini berada di bumi bertuah Tanta ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan Kareem. Walaupun hanya seminggu sahaja dapat berpuasa di Tanta, namun hati ini tidak dapat menahan sebak kerana akan meninggalkan bumi bertuah ini dan perlembahan Nil yang telah banyak mengajar erti pahit maung sebagai seorang perantau ilmu.

Semoga Ramadhan terakhir di sini memberi seribu makna dan pengharapan kepada hamba-Mu yang kerdil ini agar dapat kembali lagi di perlembahan Nil yang penuh barakah ini. Ya ALLAH, perkenankanlah hasrat hamba-Mu ini.. Ameen..

Salam Ramadhan buat semua rakan-rakan blogger, para pembaca laman ini dan seluruh umat Islam yang dirahmati..

p/s: hanya beberapa hari sahaja lagi saya akan kembali ke Malaysia. Doakan kejayaan saya kelak. Tahniah buat rakan-rakan yang bersama berjuang di sini atas kejayaan kalian dalam peperiksaan lepas. Semoga kalian terus thabat dalam perjuangan. Insya`Allah.

RAMADHAN MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM..

AHLAN WASAHLAN YA SYAHRU RAMADHAN,
AHLAN WASAHLAN YA SYAHRU KAREEM,
AHLAN WASAHLAN YA SYAHRU BARAKAH,
AHLAN WASAHLAN YA SYAHRU RAHMAT,
AHLAN WASAHLAN YA SYAHRU MAGHFIRAH...

AHLAN YA RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..ALLAHU AKRAM...

SALAM RAMADHAN DARI BUMI BARAKAH,
 TANTA, MESIR.

KULLU `AM WA ANTUM THOIYIIBUUN..

Rabu, 16 Jun 2010

JPA DAN MARA: DI MANA KEADILAN UNTUK PELAJAR?


Rakyat waras tidak dapat terima mansuh biasiswa
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 16 Jun: “Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana,” kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) membantah keras keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.
Beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keputusan itu bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
"Dapsy merasakan keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan generasi muda Malaysia terpaksa menangung akibat dan implikasinya," katanya.
Beliau juga berkata, rakyat tidak dapat menerima keputusan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa itu sedangkan kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta.
"Kerajaan mengatakan pemberian biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Ini adalah satu asalan yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Tatkala apabila kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana," katanya.
Katanya, Dapsy turut mempersoal keikhlasan kerajaan dalam ‘membentuk belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi’ seperti yang terkandung dalam RMK ke-10 yang dibentangkan.
"Apakah isi kandungan yang tertera dalam RMK10 yang dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri sekadar indah khabar dari rupa? Perdana Menteri semakin hari semakin dikenali sebagai ‘Perdana Menteri flip-flop’. Namun kita tidak menjangkakan bahawa beliau begitu cepat ‘flip-flop’ dalam dasar yang dibentangkan oleh beliau sendiri di Parlimen kurang dari semingu yang lepas," katanya.
Sehubungan itu, katanya Dapsy menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pemilih khas Parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaan dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk dua cadangan iaitu memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Selain itu, penajaan biasiswa ke luar negara mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti.

Source: Harakahdaily.net

KOMEN:

Saya sangat bersetuju dengan ahli parlimen yang mengutarakan isu di atas. Alasan kerana kekurangan dana sebenarnya tidak boleh diterima langsung oleh orang yang berfikiran matang dan waras. Ini kerana, apakah selama ini dana yang diperolehi telah disalurkan pada TEMPAT YANG SALAH?? KE MANAKAH HASIL PROJEK YANG MELIBATKAN PELABURAN BERJUTA-JUTA RINGGIT??? BUKANKAH KERAJAAN BN KAYA DENGAN WANG SEHINGGA SANGGUP MENGHAMBURKAN WANG DI KAWASAN PEDALAMAN SETIAP KALI MENJELANG PILIHANRAYA??BUKANKAH CUKAI-CUKAI YANG DIPEROLEHI SEBENARNYA MELEBIHI DARI PERBELANJAAN ASAS KERAJAAN??? ATAU ADAKAH KERANA MEMANG KERAJAAN SENDIRI TELAH MENUJU KE TAHAP BANKRUP?? Banyak lagi soalan yang mahu saya kemukan. Namun saya biarkan ahli-ahli parlimen yang BIJAKSANA dari PAKATAN RAKYAT dapat menggunakan ruang perbahasan RMK 10 sebaiknya.
---------------
Berkaitan isu JPA yang akan menarik balik biasiswa pelajar secara berperingkat-peringkat pada tahun depan dengan alasan KEKURANG DANA merupakan satu alasan yang sangat TIDAK KONKRIT. Apakah tumpuan KERAJAAN sebenarnya dalam RMK 10?? ADAKAH KERAJAAN INGIN MENGGALAKKAN PELAJAR YANG BELAJAR DI BIDANG YANG AGAK  KRITIKAL HANYA DI DALAM NEGARA SAHAJA??? ATAU PENARIKAN ITU TIDAK LEBIH DARI SIKAP POLITIKING SEMPIT YANG TIDAK MAHU PELAJAR YANG BERADA DI LUAR NEGARA MENYOKONG PAKATAN selepas pulang?? 
Come on la kerajaa..SEKARANG NI DUNIA SEMAKIN MAJU..MASYARAKAT PELAJAR SEPERTI KAMI MEMPUNYAI AKSES YANG BANYAK UNTUK MENILAI SECARA PRO KONTRA APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA..

So, USAHLAH KERANA HENDAK MENJAGA PERIUK NASI PIHAK-PIHAK TERTENTU MENYEBABKAN GOLONGAN PELAJAR SEPERTI KAMI TERABAI DAN DIBIARKAN. KALAU HANYA PELAJAR LANJUTAN IJAZAH SAHAJA YANG DAPAT IA TIDAK ADIL. MENGAPA?? KERANA MEREKA SENDIRI SUDAH ADA PEKERJAAN TETAP. Tapi pelajar Ijazah seperti kami bila BALIK BELUM CONFIRM DAPAT KERJA sebab apa?? SEBAB BERSAING DENGAN RAKAN-RAKAN YANG BARU KELAUR DARI IPTA TEMPATAN. Mereka pun masih ada YANG MENGANGGUR walaupun dah lama GADUATE..PUNCA?? SEBAB WARGA ASING LEBIH RAMAI DAPAT KERJA, SEBAB PANDAG REMEH PADA YANG BELAJAR JURUSAN AGAMA, SEBAB PILIH KASIH SERTA BEBERAPA SEBAB YANG KURANG PROFESIONAL YANG DILAKUKAN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT ATAU AGENSI-AGENSI TERTENTU DI DALAM MENERIMA PEKERJA.--kalau tidak masakan RAMAI YANG MASIH TANAM ANGGUR(ISTILAH BIASA YANG DIGUNAKAN OLEH PELAJAR LEPASAN IJAZAH)

Akhir sekali saya mewakili diri saya menyarankan sesiapa yang membaca tulisan ini supaya membuat FOLLOW UP yang berterusan bagi membantu mana-mana PELAJAR yang sedang dalam DILEMA untuk mendapatkan bantuan.

Cadangan saya:
WUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS DI ANTARA PERSATUAN PELAJAR DAN BUATKAN SATU PROPOSAL SERTA MEMORANDUM YANG BERKAITAN DAN DIBERIKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT UNTUK DIBAWAKAN ISU TERSEBUT DI PARLIMEN.(INSYA-ALLAH MEREKA SEDIA BANTU) 
BIARLAH ISU YANG DIBANGKITKAN NANTI MEMBUKA MATA MENTERI YANG MEMEGANG JAWATAN BERKAITAN PENDIDIKAN DAN PELAJARAN.

PLS: kepada blogger  "MENINJAU DARI PRESPEKTIF YANG BERBEZA panjangkan isu ini kepada rakan anda..insya`ALLAH,DIA AKAN MEMBERI JALAN UNTUK ANDA DAN RAKAN-RAKAN. Bagi yang MENGAMBIL JURUSAN AGAMA diminta juga berbuat seperti yang disarankan atau bergabung dengan mereka.

Sekian,
Istad,Tanta,
Egypt.


Ahad, 25 April 2010

LAMBAIAN KAABAH MENGGAMIT KALBU

ASSALAMMUALAIKUM semua.

Lama sungguh saya tidak menjengah laman yang dah bersawang ini. Tugasan sebagai tenaga pengajar di SRIMDE membataskan masa untuk menjengah dan mengupdate blog. Andai ada kesempatan sahaja barulah dapat membuka blog yang bersawang ini. :)
--------
Tanggal  9 April 2010 telah tamat perkhidmatan saya sebagai tenaga pengajar di SRIMDE. Memang sangat sedih meninggalkan anak-anak murid yang penuh dengan macam-macam karenah. Hari terakhir penuh dengan tangisan dari mereka dan rayuan yang penuh pengharapan agar saya kembali ke SRIMDE untuk mengajar mereka.

Pilu rasa hati bila melihat keadaan mereka sedemikian. Namun apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa dan memberikan senyuman serta kata-kata semangat untuk mereka. Pemergian saya hanyalah seketika namun hati nurani mereka untuk bersama saya bukanlah seketika bahkan kalau boleh sampai bila-bila. Insya`ALLAH, ustaz doakan kalian semua berjaya dunia akhirat..AMIN~~
--------------
10 APRIL 2010
Perjalanan ke Baitullah pada hari ini sungguh mendebarkan. Sayup-sayup laungan azan dari dua masjid yang terkenal di sana terngiang-ngiang di telinga. Penerbangan dengan pesawat MAS mengambil masa 8 jam ke sana memberi banyak ruang untuk diri ini bermuhasabah sebelum tiba di Tanah Suci. Kami sekeluarga amat bersyukur kerana dapat menjadi tetamu YANG MAHA AGUNG untuk kesian kalinya. Ini merupakan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup kerana impian dan niat untuk ke Tanah Suci telah dimakbulkan-NYA. Alhamdulillah, buat kali ketiga bumi suci Mekah dan Madinah dapat juga dijejaki. Kali pertama diri ini sampai ketika masih kecil iaitu kira-kira umurku 3 atau 4 tahun lebih. Manakala peluang untuk kali kedua hadir ketika sedang menuntut di Darjah 3.

11 APRIL 2010
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz,Jeddah lebih kurang pukul 7.30 malam waktu tempatan.(waktu Malaysia 12.30 pg).  Perjalanan yang dilalui selama 8 jam lebih sangat memenatkan. Namun, ia
terubat kerana kami semua selamat sampai di Jeddah,Saudi Arabia pada waktu yang ditetapkan. Walaupun masih kepenatan, perjalanan kami diteruskan ke hotel di Madinah.Selama 4 jam pula kami terpaksa menempuh perjalanan yang panjang itu.
Tepat pukul 1 pagi kami tiba di Madinah.Kelewatan berlaku disebabkan pengurusan airport yang penuh dengan kerenah birokrasi. Sepatutnya kami tiba di Madinah 2 jam lebih awal,namun disebabkan masalah yang berlaku di AIRPORT JEDDAH melewatkan kami. Apapun yang berlaku semuanya adalah dugaan dari-NYA untuk menguji keimanan,kesabaran bagi para tetamu-NYA di Tanah Suci ini.
-------
Laungan azan subuh dari Masjid Nabawi kedengaran di hening pagi. Sungguh syahdu rasanya mengenang kembali peristiwa sejarah Nabi S.A.W bersama para sahabat ketika menunaikan solat di sini. Lebih mengharukan apabila mengenangkan saat-saat akhir Baginda sebelum menyahut seruan Ilahi. Ya Rasullullah, kami hadir padamu mengucapkan salam buatmu,kami hadir padamu menyampaikan salam untuk kaum keluarga dan sahabat-sahabatmu...

bersambung......