Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Jumaat, 15 Januari 2010

2009 berlalu 2010 menjelma

Pelbagai suka duka dan pahit maung yang kita semua hadapSeSi di dalam tahun 2009. Semuanya menjadi memoir berharga buat kita semua untuk menilai sejauh manakah kita telah menggapai impian yang kita sasarkan dalam kehidupan.

Sekembali ke tanah air selepas konvokesyen  pada Oktober 2009 tidak banyak yang dapat dilakukan kerana masih mengikut rentak suasana di Perlembahan Nil yang sangat dirindui. Namun, kehidupan di tanah air tercinta ini mesti diteruskan untuk berkongsi sekelumit pengalaman hidup di perantauan di dalam mencari mutiara-mutiara berharga buat masyarakat.

------------------

Hari Raya Korban tahun 2009 sangat-sangat menggamit perasaan kerana ia adalah hari lebaran yang disambut pertama kali sejak meninggalkan Malaysia pada tahun 2005. Banyak perbezaan yang dapat dilihat bilamana sambutan yang dirasai ketika di Ardul Kinanah tampak menarik sedangkan di Malaysia suasana itu seperti suram sahaja. Maklumlah, kita lebih meraikan HARI RAYA AIDILFITRI secara besar-besaran kerana tempohnya sebulan sedangkan Aidiladha hanya beberapa hari sahaja.

---------------------

Sebelum 2009 menutup tirai, sempat juga diri yang kerdil ini melangkahkan kaki ke beberapa tempat untuk ditemuduga. Semuanya dilalui dengan lancar dan banyak input-input yang diterima dari siri temuduga tersebut.

Kronologi:

** Syarikat Konsultan Kewangan di Bangunan Ambank, Jalan Yap Kaw Seng
** Syarikat Buku Pustaka Salam, Batu Muda
** Syarikat Pemasaran Kad Privillege, Jalan Ipoh
** Kinokuniya Bookstore, KLCC
** MAIWP, Jalan Shamelin, Cheras

** Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan

Antara tempat-tempat yang disebut di atas, tawaran dari Kinokuniya Bookstore diterima terlebih dahulu. Sempatlah jadi staff di sana walaupun tidak lama. Thanks to Miss Horio and all members of LOG Department.

Kemudian, Sekolah Integrasi menjadi pilihan tempat bekerja setelah ditawarkan oleh pihak sekolah. Walaupun tiada pengalaman untuk mengajar, sekurang-kurangnya ketika ini saya dapat menimba pengalaman memahami psikologi pendidikan untuk anak-anak bangsa yang menuntut ilmu.

Tirai 2009 ditutup dengan kenangan yang bermakna dan penuh suka duka. Hari pertama mendaftarkan diri ke sekolah sebagai tenaga pengajar bermula pada 23 Disember 2009. Kini telah 2 minggu saya bersama tenaga pendidik SIMDE memberi tunjuk ajar kepada anak-anak bangsa yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan telatah yang mesti dihadapi  seharian.

p/s: walaupun keletihan namun semuanya terubat melihat kerenah anak-anak didik di dalam menuntut ilmu.
YA ALLAH SEMOGA ANAK-ANAK DIDIKKU MENJADI INSAN YANG BERGUNA DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN YA RABB..

------------------
to be continue

2 ulasan:

  1. anak-anak didik je?

    anak-anak sndiri? (^_^)

    cerita la kerenah budak2 tu..
    mungkin boleh kongsi~ :)

    BalasPadam
  2. ceritalah lagi pasal anak2 murid. Bestkn dpt didik plajar tahap 1. Anak2 murid yg comel,"nakal" dan petah lak tu. Mgkin tringat zaman skolah tahap 1 dulu. Semoga ada anak murid yg bakal menjejaki ust nya ke Al-Azhar. Ameen.

    BalasPadam