Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Ahad, 21 Februari 2010

SEKITAR GOTONG-ROYONG SIMDE 2010

 
Membersihkan kawasan belakang sekolah
 

Sabtu, 20 Februari 2010

SYUKUR KE HADRAT ILAHI

SALAM semua..

Rasanya hampir sebulan saya tidak mengupdate blog ini. Ia disebabkan saya terlalu sibuk dalam proses PnP di SIMDE. Namun. alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menulis kembali. Terima kasih kepada para pengunjung blog ini terutama anak-anak didik di SIMDE. Tidak lupa juga kepada ummu aleeya yang menegur di shoutbox.

Kesibukan mengajar di SIMDE menghadkan saya untuk menulis. Tetapi. waktu yang ada ini tidak saya persiakan untuk menyampaikan sedikit cebisan cerita di sekitar 16 Januari lepas sehingga sekarang.

----------------------------

16  dan 17 JANUARI 2010

Majlis suaikenal antara guru telah diadakan di SIMDE. Banyak input-input baru yang diperolehi dari majlis ini. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan satu forum perdana. Saya telah diberi peluang untuk berada di pentas forum bersama-sama Ust.Osman di dalam mengupas satu tajuk " SYARIAT BERMASYARAKAT ".

Selesai forum, kami sama-sama berkumpul di satu kawasan untuk menjamu selera dengan hidangan ayam percik,kuih-muih, dan sebagainya. Walaupun pada awalnya hujan turun dengan lebat, namun hidangan ayam bakar dapat jua disediakan setelah hujan reda. Keriangan jelas terpancar di wajah guru-guru yang menyertai program ini.

Keesokan harinya, di sepertiga malam semua guru bangun untuk melaksanakan Qiyam yang diketuai oleh Ust.Farizal. Selesai solat subuh yang dimamkan oleh Ust.Nizar, kuliah Subuh telah disampaikan oleh beliau.
Sebaik sahaja kuliah berakhir, masing-masing bersiap untuk riadah pagi. Walaupun hanya seketika, riadah dapat juga dijalankan dengan baik.

Program kami diteruskan dengan aktiviti berkumpulan dan sebelum itu satu taklimat ringkas telah diadakan untuk memberi penerangan kepada guru-guru baru tentang halatuju sekolah. Selesai sahaja LDK, kami menjamu selera dan bersiap-siap untuk pulang.

Walaupu kepenatan, namun semua guru yang hadir merasa puas dengan program yang telah diadakan. Semoga warga SIMDE akan cemerlang dalam mendidik anak-anak SIMDE.

-----------------------------------------
 18 JANUARI 2010

Sesi persekolahan seperti biasa bermula. Merupakan minggu ketiga dalam taqwim persekolahan. Keceriaan jelas terbayang di wajah anak-anak SIMDE. Minggu-minggu yang telah mereka lalui memberi banyak pengalaman kepada mereka untuk terus berusaha dan belajar di SIMDE.

Semoga kalian tidak jemu dalam menimba ilmu wahai anak-anak SIMDE.

19 JANUARI 2010

Alhamdulillah. Genap sudah umur saya ketika ini 25 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk terus hidup selama suku abad. Banyak yang telah dilalui dalam tempoh 24 tahun yang lepas. Semuanya tidak lain tidak bukan untuk mematangkan diri, meningkatkan pencapaian diri serta menjadi insan yang berkualiti dengan ISLAM yang dicintai dan IMAN yang dimiliki.

YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KEMUDAHAN DALAM MENGHADAPI HIDUP INI, MURAHKAN REZEKIKU, PANJANGKAN UMUR IBUBAPAKU, BERKATILAH KAMI DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN YA RABB.

-----
Sekolah

Pagi-pagi lagi sudah terima satu kotak kek dan bungkusan hadiah. Terima kasih Ummu Aleeya. Anak-anak didik SIMDE yang darjah Tiga pun ada bagi hadiah. Terima kasih semua. Ustaz hargai apa yang kalian beri. Terima kasih kerana mendoakan ustaz. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh solehah dan pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Amin.

-------
20 JANUARI 2010

Hari ini macam biasa ke sekolah untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Satu perkara yang tidak dapat dilupakan ialah kesungguhan anak-anak didik Tiga Ikhlas yang mahu meraikan hari lahir saya semalam. Maklumlah, mereka nak buat surprise semalam. Tapi tak jadi sebab saya tahu. Jadi hari ni mereka buat untuk menunjukkan rasa tanda sayang mereka kepada guru mereka.

Hadiah pun dapat lagi hari ini. Macam-macam karenah mereka. Ada yang bagi kad buatan sendiri, ada yang bagi pen dan ada yang janji nak bagi hadiah. Terharu dibuatnya. Apa-apa pun, terima kasih semua..Ustaz sangat hargai pemberian kalian semua. Janji belajar rajin-rajin ye.

------------
21-22 JANUARI

Seperti kebiasaan meneruskan kehidupan dalam mendidik anak-anak SIMDE menjadi orang berguna pada ISLAM,MASYARAKAT dan NEGARA..SEMOGA SEMUANYA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT..AMIN

-----

Cukuplah coretan saya pada ketika ini. Terima kasih atas kunjungan anda semua. Gambar-gambar akan menyusul kelak.

ASSALAMMUALAIKUM..SIIRU `ALA BARAKATILLAH