Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Khamis, 2 Jun 2011

SEMUSIM BERSAMA SELAMANYA BAHAGIA

ASSLAMMUALAIKUM..

Salam bahagia salam keceriaan untuk semua...terima kasih atas kunjungan kalian semua terhadap blog saya yang dah hampir setahun tak dijenguk. Untuk makluman para tetamu blog ini, saya dikekang oleh masa dan kerja yang hampir membuatkan blog ini tersadai tanpa berita.

------------------------
Setelah semusim bersama SRIMDE ( singkatan untuk SEK.REN.INTEGRASI MASJID DARUL EHSAN) saya merasakan masa yang berlalu amat laju kerana ketika ini saya sudah berpindah untuk mengajar di SEMINDA pula (singkatan untuk SEK.MEN.BUKIT INDAH AMPANG).

`Alakullihal, walau di mana saya berada, kenangan bersama-sama warga SRIMDE dan anak-anak didik yang berbagai ragam membuatkan hati ini sayu untuk meninggalkan mereka. Namun, perjuangan harus diteruskan akan tetapi kenangan yang ada sentiasa tersemat di sanubari.

Terima kasih kepada semua warga SRIMDE terutamanya kepada Cikgu Kamariah selaku GURU BESAR SRIMDE yang walaupun sukar untuk melepaskan saya pergi kerana kekurangan guru lelaki, namun terpaksa merelakan jua pemergian yang sebenarnya satu kehilangan buat anak-anak didik.

Kepada anak-anak didik yang dikasihi, teruskan pengajian kamu dan jangan patah semangat. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini, tumpukan sepenuhnya perhatian anda dan usaha bersungguh-sungguh. insya`ALLLAH jikalau ada kelapangan akan bertemu jua kita semula kelak..jangan bersedih dengan pemergian ustaz/cikgu kalian kerana akan ada pengganti yang lebih baik dari cikgu/ustaz untuk kamu semua.

-----------------------------------------------------
Coretan awal untuk permulaan bersama SEMINDA

JUMPA LAGI!!!

SIIRU `ALA BARAKATILLAH