Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Jumaat, 26 Jun 2009

SALAM KEJAYAAN

Dengan nama ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-NYA kerana dengan berkat kesabaran yang dikurniakan akhirnya kami selamat menyelesaikan satu misi yang selalu dihadapi oleh para mahasiswa/wi di seluruh dunia.apakah misi itu?tentu sekali IMTIHAN AKHIR TAHUN yang menentukan tahap kecemerlangan mahasiswa/wi di universiti.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada USAHA masing-masing dan selebihnya adalah tawakal pada ILAHI. Andai natijah yang keluar kelak adalah baik MAKA BERSYUKURLAH dan andai kata sebaliknya BERSYUKURLAH JUA kerana itu adalah REZEKI yang telah ditetapkan oleh ILAHI sejak AZALI. setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.Yang pasti JANGANLAH KALIAN FUTUR(BERPUTUS ASA). kerana orang berputus asa bukanlah sifat orang yang beriman.

akhir sekali perhatikanlah maksud ayat di bawah dari SURAH AL-BAQARAH:

"dan telah kami jadikan ujian bagi kalian dengan sesuatu itu sama ada berbentuk ketakutan atau kelaparan,serta kehilangan harta dan jiwa serta tanaman,maka berikanlah berita gembira bagi mereka yang sabar. "

sekian sahaja entri kali ini.mungkin kerana kepanasan akibat suhu yang terlalu tinggi jadi idea nk menulis ni pn hilang..hehehe..apa-apa pun SALAM KEJAYAAN buat semua..semoga GENGGAMAN IJAZAH HADIAH BUAT KELUARGA AKAN TERCAPAI..INSYA`ALLAH..

p/s: JGN LUPA BNYAKKN BERTAWAKAL DAN BERDOA SEHINGGA NATIJAH KELUAR..bg yang bernazar jangan lupa laksanakan bila hajat anda dipenuhi ILAHI..

wassalam..

mohon permisi.

Jumaat, 19 Jun 2009

Mengapa Yahudi Bijak

(Artikel ini diterima dari emel yang dihantar oleh rakan)--mungkin ada yang sudah membacanya.oleh itu,disiarkan juga sekadar untuk berkongsi kpd y blum mmbcanya...trima kasih

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
----------------------------------------------------------------
Fakta yang mengatakan Bangsa Yahudi itu bijak memang tidak dapat disanggah. Hatta di dalam Quran sendiri Allah berfirman:

2:122 "Wahai Bani Israil, ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu dari semua umat yang lain di alam ini (pada masa itu)

Saya tidak menolak malah bersependapat dengan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Dr.Stephen Carr Leon.

Hanya satu perkara yang saya ingin komentarkan di sini ialah bagaimana kita sebagai umat Islam mampu untuk menilai sesuatu yang baik itu daripada perspektif Islam itu sendiri.

Amalan ibadat umat Islam jika diamalkan secara khusuk mampu memberikan kesan yang cukup optimis dan mendalam terhadap jiwa dan personaliti seseorang. Justeru itu, kita tidak perlulah untuk meniru budaya atau peribadatan masyarakat Yahudi secara total dengan mengoyang-goyangkan kepada untuk menjadi genius. Tambahan pula, 'bunyi' yang terbaik untuk didengar ialah bacaan Al-Quran.

Dalam hal ini saya sama sekali tidak menyatakan muzik, kerana bacaan Al-Quran itu tidak boleh disamakan dengan muzik. Oleh hal yang demikian, saya lebih gemar untuk menyentuh dan menyarankan agar umat Islam sekalian mendengar apa yang dikatakan sebagai 'Islamic Sound' but not Islamic Muzik yang kini dikatakan lebih kontroversi (Prof Fakhriah Dato' Lokman, Faculty of Artistic and Creative Technology). Lihat juga Buku berjodol 'Seni bunyi di dalam Islam' dan 'Muzik menurut perspektif Islam'.

Al-Quran jika dibaca dan diperdengarkan mengikut variasi harakat yang berbeza, menghayati dan memahaminya dapat memberikan kesan serta implikasi kepada pembaca dan si pendengarnya.

Pada masa yang sama, amalan pemakanan yang baik seperti kekacang dan meminum susu bersama kurma ternyata digalakkan. Amalan ini sebenarnya telah ditunjukkan sejak zaman Rasulullah.. Hanya kita sebagai umat yang jahil dan hanya menurutkan hawa nafsu, yang suka memakan makanan yang pelbagai. Lihat dan baca buku Dr Daniel ainal Abidin, 'Perubatan Moden menurut Perspektif Islam' klau tak silap tajuk dia.

Semoga yang baik itu dapat kita manfaatkan bersama..

Rabu, 17 Jun 2009

Sekadar menghilangkan tension...Jangan tension2..

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...! !!

--Email dari seorang teman

Selasa, 16 Jun 2009

Wasiat untuk Anakku

Ketahuilah wahai anakku supaya engkau mendapat faedah
berusahalah di dalam kehidupan dan jadilah orang yang sabar
dan janganlah kau terpedaya dengan keseronokan dan keasyikan
kerana keseronokan itu mengahalang engaku menjadi yang terbaik

dan hendaklah engkau berlatih mencuba setiap yang seni
kerana jikalau engkau dalam sengsara hiduplah dalam gembira
dan berusahalah sedaya upaya dan janganlah berputus asa
 dengan kesengsaraan yang menimpa walaupun pedih

 dan janganlah dikau menyusahkan orang lain di hari muka
dan cubalah untuk mendatangkan faedah dan mendapatkan faedah
dan jadilah seperti api yang membakar setiap sesuatu
bila datang kepadanya walaupun yang datang adalah besi

dan janganlah dikau redha dengan keaiban dan kerendahan
dan jadilah pemimpin yang baik di kalangan manusia

................................................................

Petikan terjemahan syair Bahasa Arab dari Majalah Al-Mujahid oleh: SYEIKH IMAM TUNI TAMAM 





Isnin, 15 Jun 2009

يا رجال العقيدة

يا رجال العقيدة
هَلآ لتوجدوا الروح الفقيدة
يا رجال العقيدة
هَلآ لتوَ ِقفوا تلك المكيدة
يا رجال العقيدة
هيا لتوحدوا الصفوف الشريدة
يا رجال العقيدة
هيا لتنقذوا فلسطين المجيدة
يآ رجال العقيدة
هيا لتحرروا الأم الحميدة
يا رجال العقيدة
أصمدوا فلرٌبَ نآئبة مفيدة
يا رجال العقيدة
إنها جنة انهارها مديدة
يا رجال العقيدة
فلتوقِفوا سيوفكم تلك البليدة
يا رجال العقيدة
دبحوهم وأهدروا دماءً حقيدة
يا رجال العقيدة
فسيوفكم برقابهم ليست بعيدة
يا رجال العقيدة
أقطعوا رِقابهم تلك العنيدة
يا رجال العقيدة
ذكروهم بالموافق والمواقعِ العديدة
يا رجال العقيدة
ألقوهم باسهام وبالرماح السديدة
يا رجال العقيدة
هنآك الحوريات بكِمُ سعيدة
يا رجال العقيدة
هيا لتدخلوا الحلوة الخليدة
يا رجال العقيدة
أنصروا أخوانكم ورسولكم
أو لتسعدوا بروحا شهيدة
يا رجال العقيدة
أحملوا هيا السلاح
ودججوهم فى القلوب بالرماح
                                                                                     
الإقدآم

Ahad, 14 Jun 2009

Sunnguh Banyak Nikmat-MU

Entri kali ni berkaitan nikmat ALLAH..Sambungan entri yang lepas. Setiap insan wajar dan harus sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH..Nikmat yang datang sama ada dari segi kesihatan,kefahaman,kekayaan,dan sebagainya.

Dalam Surah Luqman ada menyebutkan tentang nasihat seorang ayah kepada anaknya supaya mensyukuri nikmat pemberian ALLAH. Ayat tersebut yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

Ayat di atas jelas menunjukkan peri pentingnya bersyukur dalam kehidupan manusia kerana dengan rasa syukur yang dizahirkan akan menambahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH S.W.T.

Sedar atau tidak sedar antara nikmat yang paling besar dalam kehidupan kita adalah NIKMAT IMAN & ISLAM. Ini kerana kedua-duanya merupakan tunjang kehidupan bagi seorang hamba yang kerdil di HADAPAN RABBUL IZZATI.

Tanpa kedua-duanya, manusia akan hanyut dan tenggelam dalam kehidupan dunia yang penuh dengan maksiat dan pancaroba. Amat rugilah bagi mereka yang mengaku BERIMAN DAN MENGANUTI ISLAM tetapi tidak mempraktikkan AJRAN ISLAM dengan sebaik.

Ingatlah wahai teman sekalian, bahawa kita semua akan ditanya tentang NIKMAT-NIKMAT yang dikurniakan kepada kita di akhirat kelak tentang bagaimana kita mempergunakan nikmat-nikmat tersebut ketika di dunia.


"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT MATA dengan melihat keindahan alam ciptaan ILAHI dengan sebaiknya atau mensia-siakan nikmat tersebut dengan perkara-perkara yang lagho?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT TANGAN dengan sentiasa bersedekah kepada yang berhak atau mensia-siakan dengan menggunakannya untuk merampas hak orang lain?


"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT MULUT yang dikurniakan dengan membaca kalam-kalamnya yang indah dan berzikir dengan nama-NYA yang mulia atau sebaliknya dengan mengadu domba,mengumpat,memfitnah dan sebagainya?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT TELINGA yang dikurniakan dengan mendengar majlis-majlis ilmu,bacaan ayat-ayat suci-NYA atau menggunakannya untuk mendengar hasutan,fitnah dan perkara-perkara yang lagho?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT KAKI yang dikurniakan untuk ke tempat-tempat yang diredhai atau kita menggunakannya untuk ke tempat-tempat yang dilarang?

Nah,semua nikmat tersebut akan disoal di akhirat kelak.Di mana ketika itu tiada siapa pun yang dapat mempertahankan diri masing-masing kerana setiap anggota yang dikurniakan itu akan berkata-kata dengan izin ALLAh sebagai saksi di atas kelakuan kita di dunia dahulu. Hanya mulut(lidah) kita akan dikunci kerana ia tentu sekali akan petah untuk menafikan apa-apa yang didakwa.

Renungilah maksud ayat di bawah yang bermaksud:

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.(Surah Yasin: 65)

Semoga kita termasuk di kalangan hamba-hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat pemberian-NYA.AMIN.


"" YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN HAMBA-HAMBAMU YANG SENTIASA BERSYUKUR DAN TEMPATKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA DI KALANGAN PENUNTUT-PENUNTUT ILMU YANG BERAMAL DENGAN ILMUNYA "" AMIN YA RABB.


----Sekian sekadar untuk muhasabah bersama..

Sabtu, 13 Jun 2009

Imam Masjid Al-Aqsa memberi amanat


Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini akan ucapan imam Masjid Al-Aqsa Palestin yang datang ke Tanta sempena Maulid Syeikh Kholil Khotib di penghujung April yang lepas.

Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan kepada para hadirin.

Antara perkara penting yang beliau sentuh dalam ucapannya ialah mengenai PEMBEBEASAN PALESTIN dari cengkaman zionis laknatullah.

Beliau juga menegaskan bahawa KEMENANGAN tidak akan tiba andai kita dalam perpecahan dan dalam keadaan tidak peduli(dibaca NAFSI-NAFSI) kerana itu bukan sifat mukmin. Seandainya di dalam diri kita mempunyai sifat tersebut maka hendaklah kita buangkan ia jauh-jauh supaya jiwa kita diisi dengan sifat KASIH DAN SAYNG demi umat yang tercinta'

Sebagai salah seorang pendengar di majlis tersebut, diri ini merasa sayu akan kesengsaraan para pejuang Palestin yang tidak mengenal erti penat dalam berjuang. Jauh di sudut hati ini memikirkan bilakah akan berakhirnya EPISOD BERDARAH DI BUMI YANG MENJADI SIMBOL KEBESARAN UMAT ISLAM SEJAK zaman-berzaman.

Ayuhlah ! wahai teman,rakan dan taulan kita sama-sama perjuangkan nasib sahabat-sahabat kita di sana dengan penuh ILTIZAM dan ISTIQAMAH tanpa berkeluh kesah. Tiada gunanya kita hanya berdemo ketika perang berlaku dan melupakan mereka ketika perang sudah berhenti.

" BERJUANG MENEMPAH SUSAH MENANGGUNG DERITA MENENTANG FITNAH,

ITULAH GELOMBANG SEORANG MUJAHID MEMBELA TAUHID"

Teruskan usaha-usaha kita selama ini DEMI TANAH AIR UMAT ISLAM..

SEMOGA ALLAH BERSAMA-SAMA KITA DI DALAM MENEGAKKAN SYIARNYA...

---kepada Imam Masjid Al-Aqsa, kami bersama anda dan rakyat disana..semoga kita sentiasa dalam rabitah TAUHID..

cetusan dari jiwa yang kerdil.... 

Jumaat, 12 Jun 2009

Rezeki Allah

Salam.

Allah S.W.T MAHA KAYA LAGI MAHA PEMURAH...Andai seseorang itu benar-benar yakin dengan janji-janjiNYA pasti akan dikurniakan kepadanya pelbagai bentuk rezeki(tidak kira samada berbentuk material,makanan,kefahaman dalam ilmu dan sebagainya). 

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran yang membawa maksud:

" .....seandainya kamu mensyukuri nikmat-KU nescaya akan AKU tambahkan ia bagi kamu, dan seandainya kamu kufur sesungguhnya azab-KU amatlah berat."  ( Surah Ibrahim: 7)

Oleh itu,sebagai hambanya yang beriman dan bertaqwa hendaklah kita sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang Dia kurniakan kepada kita sama ada dengan mensyukurinya dalam bentuk perbuatan,percakapan atau iktikad kita.

Akhir kalam, bersyukuur itu satu kemestian bagi orang-orang yang beriman. Selagi nyawa dikandung badan selagi usia masih ada hendaklah kehidupan kita dipenuhi dengan kesyukuran kepada ALLAH.

Wallahu`Alam

Sekian.

Coretan di kala hening pagi.....

 

Khamis, 11 Jun 2009

Salam Ukhwah

Salam Perjuangan Dan Salam Ukhwah

Sekadar untuk permulaan dalam penulisan maya...ISLAM IS DA WAY OF LIFE





Ditulis tanpa idea:

hisyam al-istady