Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Jumaat, 26 Jun 2009

SALAM KEJAYAAN

Dengan nama ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-NYA kerana dengan berkat kesabaran yang dikurniakan akhirnya kami selamat menyelesaikan satu misi yang selalu dihadapi oleh para mahasiswa/wi di seluruh dunia.apakah misi itu?tentu sekali IMTIHAN AKHIR TAHUN yang menentukan tahap kecemerlangan mahasiswa/wi di universiti.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada USAHA masing-masing dan selebihnya adalah tawakal pada ILAHI. Andai natijah yang keluar kelak adalah baik MAKA BERSYUKURLAH dan andai kata sebaliknya BERSYUKURLAH JUA kerana itu adalah REZEKI yang telah ditetapkan oleh ILAHI sejak AZALI. setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.Yang pasti JANGANLAH KALIAN FUTUR(BERPUTUS ASA). kerana orang berputus asa bukanlah sifat orang yang beriman.

akhir sekali perhatikanlah maksud ayat di bawah dari SURAH AL-BAQARAH:

"dan telah kami jadikan ujian bagi kalian dengan sesuatu itu sama ada berbentuk ketakutan atau kelaparan,serta kehilangan harta dan jiwa serta tanaman,maka berikanlah berita gembira bagi mereka yang sabar. "

sekian sahaja entri kali ini.mungkin kerana kepanasan akibat suhu yang terlalu tinggi jadi idea nk menulis ni pn hilang..hehehe..apa-apa pun SALAM KEJAYAAN buat semua..semoga GENGGAMAN IJAZAH HADIAH BUAT KELUARGA AKAN TERCAPAI..INSYA`ALLAH..

p/s: JGN LUPA BNYAKKN BERTAWAKAL DAN BERDOA SEHINGGA NATIJAH KELUAR..bg yang bernazar jangan lupa laksanakan bila hajat anda dipenuhi ILAHI..

wassalam..

mohon permisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan