Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Selasa, 4 Ogos 2009

CORETAN DARI MALAYSIA

PERMULAAN HANYA SUATU PERMULAAN

Arakian setelah 2 minggu di Malaysia terasa nak pulang semula ke tempat pengajian di bumi barakah Sungai Nil. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam tempoh 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah, diri ini makin stabil walaupun cuaca dan perubahan masa yang amat ketara menimpa diri..(xboleh tido dalam tempoh yang agak lama kerana mata dah ikut timing Sg.Nil.)

Awal-awal balik di sini menghadiri majlis khawin sepupu. Belum lagi cukup kuarintin dah kena jumpa orang untuk meraikan tetamu yang hadir. Kuarintin kerana(H1N1 so,kena amik langkah berjaga-jaga) mana tau jadi pembawa wabak…WANA`UZUBILLAH..

Setellah cukup tempoh seminggu,akhirnya dapat juga untuk keluar lebih jauh untuk bertemu pensyarah aku yang pernah mengajarku di UIA suatu waktu dahulu. Alhamdulillah,dapat juga bertemu walaupun beliau sibuk untuk ke UK menyambung Ph.D. Sempat juga daku menemani beliau membeli barang-barang terakhir sebelum beliau berangkat. HAVE A NICE JOURNEY AND NICE DAY IN YOUR NEW LIFE THERE…insya`ALLAH we will see again each other.

Permulaan yang baik hanya satu permulaan,pensyarahku ini telah memeberi satu jalan untuk aku pergi lebih jauh kelak. Apakah ia? Beliau telah memberikan suatu borAng untuk aku isi dan hantar ke PEJABAT YANG BERKAITAN..jd apa ek? LECTURER..huhuu…aku cuba untuk isi dengan sebaiknya..dan ketika ini sedang menunggu jawapan…

Hendak dijadikan cerita,aku dipertemukan pula dengan pensyarah yang tidak asing lagi di kalangan pelajar-pelajar university. Beliau adalah PROFESOR DR.SIDEK BABA. Beliau juga telah memberi aku suatu semnagat untuk pergi lebih jauh kelak. Alahamdulillah,galakan dari dan dororngan dari ibu ayah tercinta dan kenalan-kenalan serta pensyarah-pensyarah yang dikasihi telah membawa aku untuk menerobos sempdan diri dan menjadi lebih berani menghadapi cabaran di tanah air tercinta.

Selang beberapa hari,aku menerima beria bahawa result tahun 4 syariah di tanta telah keluar. Berdegup kencang jantung ini untuk mendengar dan menerima khabar berita dari rakan-rakan di sana. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan ditakdirkan memperolehi natijah yang memungkinkan kami menjadi lebih matang,sabar,rasional dan sebagainya.

Keputusan yang diterima ketika itu sangat mengejutkan aku. Namun, takdir menentukan segalanya dan REDHA dengan keputusan adalah cara yang paling terbaik. Alhamdulillah, kami melepasi ujian yang kami hadapi dahulu. Dan sekarang kami akan mengahadapi ujian saringan pula.

Kepada rakan-rakan sekelas dan sekuliah, YANG BERJAYA TAHNIAH DIUCAPKAN,YANG KURANG BERJAYA CUBA DAN USAHA LAGI BETERUSAN JANGAN PATAH SEMANGAT DAN JANGAN FUTUR DENGAN TAKDIR ILAHI YANG DITENTUKAN UNTUK KALIAN..

Sekian sahaja coretan saya di petang hari. Sedar tak sedar dah nak masuk waktu maghrib dan berbuka.. SALAM NISFU SYA`BAN dan selama menjalani separuh sya`ban dan BERSEDIALAH UNTUK RMDHN YANG BAKAL TIBA…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan