Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Sabtu, 29 Ogos 2009

RAMADHAN KAREEM,ALLAHU AKRAM

H1NI1,RAMADHAN,TASFIYAH

H1NI


Penyakit yang menular di Malaysia ketika ini dan seluruh dunia amat membimbangkan kita. Sama ada ia suatu kebetulan atau satu petanda dari Tuhan ,hanya mereka yang benar-benar faham dapat merasai bahawa penyakit yang adir ini merupakan petanda bala atau ujian untuk manusia kembali ke jalan sebenar disebabkan leka dan alpa dengan dunia serta mengabaikan perintah Rabbul Izzati. Wallahu`alam. Semoga kita yang beriman dan beragama Islam terselamat dan dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan ini. Perbanyakkan berdoa dan teruskan solat hajat untuk memohon agar Allah menghindarkan diri kita,kaum keluarga,sahabat handai dan sesiapa sahaja dari penyakit yang merebak ini. ALLAHUMMA TAQABBAL DU`AANA.. AMIN~~

P/S: SELALU BERSIHKAN DIRI DAN JAGA KESIHATAN…INSYA`ALLAH TERSELAMAT DARI PENYAKIT..JGN LUPA BACA DOA SBLM LAKUKAN PERBUATAN BAIK --teringat macam mana orang Malaysia bertopeng masa kat PC FAIR n kat AIRPORT..hihihi..kalau yang perempuan kan baik pakai NIQAB..ahaks~~

------------------

RAMADHAN

Alhamdulillah,Allah memanjangkan usia kita dan memberi kita kekuatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Diri merasa sayu dan gembira kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna walauun diriku ini jauh nun di sana demi mempelajari ilmu AGAMA(Hehehehe…lirik yang diubah suai) . `Ala kulli hal semoga kita dapat melayari penerbangan Ramadhan pada tahun ini dengan baik dan bertemu malam yang terbaik di antara seribu bulan. Insya`ALLAH, Ramadhan Karim, Allahu Akram…KULLU `AM WA ANTUM BIKHAIRIN.

p/s: janagn lupa bayar zakat fitrah. Bagi yang tak ganti lagi puasa yang lepas,so kena la bayar fidayah. Lepas tu jangan lupa ganti. Ingat-ingatlah hutang dengan Ilahi tu..


---------------------

TASFIYAH

Peperiksaan akhir untuk tahun empat dan tahun-tahun yang lain telah lama berlalu. Keputusan setiap pelajar juga telah diketahui. Ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya, semuanya bergantung pada usaha masing-masing dan takdir yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Jadi terimalah ia dengan sebaiknya dan bersyukurlah atas pemberiannya. Jangan lupa bayar nazar masing-masing tau bagi yang telah bernazar.

Tahniah pada rakan-rakan seperjuangan khususnya Tahun Empat Kuliah Syariah Tanta atas kejayaan kalian dalam peperiksaan yang lepas. Bagi yang kurang Berjaya diharap dapat cuba dan tingkatkan usaha lagi untuk peperiksaan akan datang kelak. Insya`ALLAH kalian juga akan berjaya seperti rakan-rakan yang lain dengan syarat USAHA ,TAWAKAL DOA DAN SEDIA AWAL…SHORT FORM( SATU)---S A FOR SEDIA AWAL, T FOR TAWAKAL , U FOR USAHA dan last sekali DOA.

Bagi yang kena amik peperiksaan tasfiyah(macam empunya diri ni) sedia-sediakanlah diri yea..Saja doctor tak bagi kita lepas awal sebab nak suruh kita NGAJI N PANDAI lagi dan supaya ILMU TU BERKAT KENA LA KONGSI-KONGSI or SAMPAI-SAMPAIKAN kelak kat yang berkenaan. Insya`ALLAH semua akan najah kelak. AMIN. ALLAHUMMA NAJJIHNA FI KULLU IMTIHAN WA FI UMURINA FI DUNYA WAL AKHIRAH WA JA`ALLNA MINAL ULAMA AL-`AMILIN. AMIN~~

SELAMAT MENJALANI TASFIYAH YANG AKAN TIBA AWAL SEPTEMBER INI DAN GRAB ALL THE OPPORTUNITY IN THIS GLORIUS MONTH.HEPI FASTING…ALL THE BEST MY FREN..

P/S: DOA-DOAKANLAH KITA SEMUA NAJAH YE. TIKET FLIGHT DAH ADA,TUNGGU KONVO JE NI..HEHEHE.. insya`ALLAH..


ALLAHUMMA FAQQIHNA FI DEEN

WA JA `ALLNA MINAL ULAMA AL-`AMILIIN..amin~~








Tiada ulasan:

Catat Ulasan