Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Rabu, 30 September 2009

ENAM SELEPAS TIGA PULUH

ASSALAMMUAILAIKUM

Ramadhan telah berlalu. Bulan Syawal telah tiba di pertengahnnya.Apakah rakan-rakan pembaca sudah menunaikan puasa enam yang banyak kelebihannya?Harap-harap ada yang dah selesai.Saya pn dah nak raya dah esok..huhu..

Anyway just nak kongsi info sikit mengenai puasa enam ni.Puasa enam dilakukan dan disunatkan kerana Rasullullah sendiri melakukannya selepas Ramadhan.Tapi, bukanlah hari pertama raya.HARAM kalau puasa hari pertama raya.

Antara Hadis Nabi yang bermaksud:
Dari Abu Ayub al-Ansori r.a: bahawa Nabi S.A.W bersabda: Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa setahun.

Jelas dari hadis di atas yang menyatakan kelebihan berpuasa enam di bulan Syawal ini.Maka,apa tunggu lagi..berpuasalah..

SEBULAN SAMA 10 BULAN?

Allah sememangnya tidak mensia-siakan amalan hambaNYA. Lebih-lebih lagi amalan umat Muhammad yang  mana setiap amalan umat Muhammad apabila dilaksanakan walaupun sedikit tetapi besar pahalanya dan mampu menyaingi amalan umat terdahulu.

Nabi ada bersabda dalam sepotong hadis yang berbunyi:

Dari Tsauban r.a berkta,bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda " Puasa Ramadhan pahalanya sperti puasa sepuluh bulan, dan puasa enam hari selepasnya(Syawal) pahalanya sama dengan dua bulan. maka kedua-duanya itu genap setahun."

Subhanallah!! Lihat,betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah terhadap kita umat Muhammad apabila kita hanya melakukan perkara yang kecil tetapi dibals dengan ganjaran yang berlipat ganda. Mungkin kita selalu atau sememangnya mengerti bahawa kalau dalam Matematik 1+1=2.Bagi saya 1+1 xsemestinya 2. Malah boleh lebih dari itu.Mengapa? Rujuk buku atau ulasan dari saifulislam..hehehe.

Jadi,dalam konteks puasa enam, 6 hari berpuasa ganjarannya seperti dua bulan. Ini menunjukkan bahawa pahala sehari puasa enam adalah untuk sepuluh hari.Apabila ditambah kesemua hari tersebut akan menjadi 60 hari. Tak percaya?

KIRAAN:
    1 HARI PUASA X 10(ganjaran pahala sehari berpuasa di bulan Syawal) = 10 HARI PUASA BIASA
    6 HARI PUASA X 10(ganjaran pahala sehari berpuasa di bulan Syawal) = 60 HARI = 2 BULAN

---nak kira ikut cara lain pun tidak menjadi masalah. Yang pasti, Allah Maha Kuasa Lagi Maha Kaya untuk memberi ganjaran pahala itu kepada mereka yang berusaha mendapatkannya.

Oleh itu, kiraan Matematik Rasullulah di dalam hadis Baginda yang disebutkan di atas tadi sangat tepat. Pernyataan yang berbunyi:" maka kedua-duanya itu genap setahun " itu sebenarnya untuk memberi isyarat kepada kita agar melaksanakan puasa enam di bulan Syawal supaya amalan puasa Ramadhan yang nilainya sama seperti berpuasa sepuluh bulan biasa digenapkan dengan dua bulan yang ada pada amalan puasa enam untuk menjadikan semua amalan tersebut seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Sebenarnya,kalau ikut lojik akal pun kita boleh puasa sepanjang tahun. Tapi. dalam ISLAM ada hari-hari yang diharamkan berpuasa.Oleh itu, apa yang diperkatakan oleh Nabi wajar dilakukan dan diamalkan dalam kehidupan supaya mendapat kesenangan di hari kemudian.

Sekian, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.

p/s: Jumpa di Bagan Pinang..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan