Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Selasa, 8 Disember 2009

KORBAN

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...

Rasanya dah hampir sebulan tak update blog ni..maklum la, tiada idea dan sibuk dengan beberapa aktiviti bersama keluarga. Sempena bulan Qurban yang penuh berkat ini saya dan ahli keluarga mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua para pembaca blog ini dan yang mengenali diri ini..

----------------------------------------------------

KORBAN.

Bercerita pasal korban ni, sebenarnya ada satu perkara yang perlu disentuh. Setiap tahun kita akan meraikan dan melaksanakan ibadah Korban/Aqiqah. Namun sejauh manakah kita selaku umat Islam menghayati maksud di sebalik ibadah yang dilakukan itu? Apakah cukup dengan hanya membayar beberapa ratus ringgit dan mendaftarkan nama untuk menjadi peserta ibadah Korban, maka kita sudah dikira berkorban?

Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam mengenai amalan ibadah Korban yang dilakukan. Ini kerana ada beberapa perkara yang tidak dijaga ketika melaksanakan ibadah tersebut. Antaranya dari segi pakaian bagi mereka yang menghadiri majlis pelaksanaan Korban yang dibuat oleh pihak pelaksana, tidak mendengar Khutbah Raya yang dibaca oleh khatib selepas solat Hari Raya, tidak memainkan peranan sebagai peserta Korban yang sepatutnya hadir ketika upacara penyembelihan dilakukan dan beberapa lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku sebagai umat Muslim ketika ibadah Korban dilaksanakan.

Seruan Korban bukanlah hanya dilafazkan pada bibir dengan laungan Takbir,Tahmid dan Tasbih semata-mata. Malah ia sebenarnya lebih dari itu. Korban dengan erti kata sebenar yang mana dapat memberi keinsafan dan meningkatkan ketaqwaan kepada Ilahi. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Daging dan darah binatang korban atau haiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yng sampai kepada-Nya ialah amal yang IKHLAS yang berdasarkan TAQWA dari kamu..."

Surah Al-Hajj : 37

Jelas dari firman di atas menunjukkan bahawa ibadah Korban mestilah dilakukan dengan penuh KEIKHLASAN dan didasarkan pada KETAQWAAN yang tinggi kepada Allah. Hanya dengan keikhlasan niat dan ketaqwaan sahaja yang akan dikira dan diterima oleh Allah dalam ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun.

Oleh itu, sebagai teguran bersama agar perkara yang tidak wajar dilakukan ketika ibadah Korban dilaksanakan hendaklah dijauhi. Sebagai contoh, kalau hendak melihat upacara penyembelihan korban mestilah berpakaian yang menutup aurat tidak kira bagi lelaki mahupun wanita, tidak bercakap-cakap perkara yang tiada kaitan dengan ibadah korban, peserta yang mendaftarkan diri mestilah sedar tanggungjawab sebagai peserta supaya hadir dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak pelaksana yang ditugaskan untuk ibadah korban. Ini kerana untuk memastikan para peserta dapat melihat sendiri darah binatang korban yang disembelih dan memberi keinsafan dalam diri masing-masing serta meningkatkan KETAQWAAN kepada ALLAH S.W.T.

Selain itu, kerjasama yang baik wajar diberikan kepada pihak pelaksana ibadah Korban supaya sikap bantu-membantu dapat dipupuk dan menjauhkan diri dari sikap LIHAT dan TUNGGU ( melihat sahaja petugas tanpa memberi sebarang bantuan dan hanya hadir untuk menunggu pengagihan daging sembelihan sebelum waktu yang ditetapkan.) Semoga sikap ini dapat dijauhkan dan perubahan dapat dilakukan. Insya-ALLAH.


Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta ibadah Korban PAS KAWASAN BATU yang telah sama-sama hadir dan memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan ibadah korban anjuran PAS KAWASANN BATU pada HARI RAYA KETIGA bertempat di MARKAZ TARBIYAH PAS TAMAN MELEWAR.

TAQABBALALLAHU  MINNA WA MINKUM..





Tiada ulasan:

Catat Komen