ASSALAMMUALAIKUM semua.
Lama sungguh saya tidak menjengah laman yang dah bersawang ini. Tugasan sebagai tenaga pengajar di SRIMDE membataskan masa untuk menjengah dan mengupdate blog. Andai ada kesempatan sahaja barulah dapat membuka blog yang bersawang ini. :)
--------
Tanggal 9 April 2010 telah tamat perkhidmatan saya sebagai tenaga pengajar di SRIMDE. Memang sangat sedih meninggalkan anak-anak murid yang penuh dengan macam-macam karenah. Hari terakhir penuh dengan tangisan dari mereka dan rayuan yang penuh pengharapan agar saya kembali ke SRIMDE untuk mengajar mereka.
Pilu rasa hati bila melihat keadaan mereka sedemikian. Namun apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa dan memberikan senyuman serta kata-kata semangat untuk mereka. Pemergian saya hanyalah seketika namun hati nurani mereka untuk bersama saya bukanlah seketika bahkan kalau boleh sampai bila-bila. Insya`ALLAH, ustaz doakan kalian semua berjaya dunia akhirat..AMIN~~
--------------
10 APRIL 2010
Perjalanan ke Baitullah pada hari ini sungguh mendebarkan. Sayup-sayup laungan azan dari dua masjid yang terkenal di sana terngiang-ngiang di telinga. Penerbangan dengan pesawat MAS mengambil masa 8 jam ke sana memberi banyak ruang untuk diri ini bermuhasabah sebelum tiba di Tanah Suci. Kami sekeluarga amat bersyukur kerana dapat menjadi tetamu YANG MAHA AGUNG untuk kesian kalinya. Ini merupakan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup kerana impian dan niat untuk ke Tanah Suci telah dimakbulkan-NYA. Alhamdulillah, buat kali ketiga bumi suci Mekah dan Madinah dapat juga dijejaki. Kali pertama diri ini sampai ketika masih kecil iaitu kira-kira umurku 3 atau 4 tahun lebih. Manakala peluang untuk kali kedua hadir ketika sedang menuntut di Darjah 3.
11 APRIL 2010
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz,Jeddah lebih kurang pukul 7.30 malam waktu tempatan.(waktu Malaysia 12.30 pg). Perjalanan yang dilalui selama 8 jam lebih sangat memenatkan. Namun, ia
terubat kerana kami semua selamat sampai di Jeddah,Saudi Arabia pada waktu yang ditetapkan. Walaupun masih kepenatan, perjalanan kami diteruskan ke hotel di Madinah.Selama 4 jam pula kami terpaksa menempuh perjalanan yang panjang itu.
Tepat pukul 1 pagi kami tiba di Madinah.Kelewatan berlaku disebabkan pengurusan airport yang penuh dengan kerenah birokrasi. Sepatutnya kami tiba di Madinah 2 jam lebih awal,namun disebabkan masalah yang berlaku di AIRPORT JEDDAH melewatkan kami. Apapun yang berlaku semuanya adalah dugaan dari-NYA untuk menguji keimanan,kesabaran bagi para tetamu-NYA di Tanah Suci ini.
-------
Laungan azan subuh dari Masjid Nabawi kedengaran di hening pagi. Sungguh syahdu rasanya mengenang kembali peristiwa sejarah Nabi S.A.W bersama para sahabat ketika menunaikan solat di sini. Lebih mengharukan apabila mengenangkan saat-saat akhir Baginda sebelum menyahut seruan Ilahi. Ya Rasullullah, kami hadir padamu mengucapkan salam buatmu,kami hadir padamu menyampaikan salam untuk kaum keluarga dan sahabat-sahabatmu...
bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan