Salam.
Allah S.W.T MAHA KAYA LAGI MAHA PEMURAH...Andai seseorang itu benar-benar yakin dengan janji-janjiNYA pasti akan dikurniakan kepadanya pelbagai bentuk rezeki(tidak kira samada berbentuk material,makanan,kefahaman dalam ilmu dan sebagainya).
Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran yang membawa maksud:
" .....seandainya kamu mensyukuri nikmat-KU nescaya akan AKU tambahkan ia bagi kamu, dan seandainya kamu kufur sesungguhnya azab-KU amatlah berat." ( Surah Ibrahim: 7)
Oleh itu,sebagai hambanya yang beriman dan bertaqwa hendaklah kita sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang Dia kurniakan kepada kita sama ada dengan mensyukurinya dalam bentuk perbuatan,percakapan atau iktikad kita.
Akhir kalam, bersyukuur itu satu kemestian bagi orang-orang yang beriman. Selagi nyawa dikandung badan selagi usia masih ada hendaklah kehidupan kita dipenuhi dengan kesyukuran kepada ALLAH.
Wallahu`Alam
Sekian.
Coretan di kala hening pagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan