Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Sabtu, 13 Jun 2009

Imam Masjid Al-Aqsa memberi amanat


Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini akan ucapan imam Masjid Al-Aqsa Palestin yang datang ke Tanta sempena Maulid Syeikh Kholil Khotib di penghujung April yang lepas.

Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan kepada para hadirin.

Antara perkara penting yang beliau sentuh dalam ucapannya ialah mengenai PEMBEBEASAN PALESTIN dari cengkaman zionis laknatullah.

Beliau juga menegaskan bahawa KEMENANGAN tidak akan tiba andai kita dalam perpecahan dan dalam keadaan tidak peduli(dibaca NAFSI-NAFSI) kerana itu bukan sifat mukmin. Seandainya di dalam diri kita mempunyai sifat tersebut maka hendaklah kita buangkan ia jauh-jauh supaya jiwa kita diisi dengan sifat KASIH DAN SAYNG demi umat yang tercinta'

Sebagai salah seorang pendengar di majlis tersebut, diri ini merasa sayu akan kesengsaraan para pejuang Palestin yang tidak mengenal erti penat dalam berjuang. Jauh di sudut hati ini memikirkan bilakah akan berakhirnya EPISOD BERDARAH DI BUMI YANG MENJADI SIMBOL KEBESARAN UMAT ISLAM SEJAK zaman-berzaman.

Ayuhlah ! wahai teman,rakan dan taulan kita sama-sama perjuangkan nasib sahabat-sahabat kita di sana dengan penuh ILTIZAM dan ISTIQAMAH tanpa berkeluh kesah. Tiada gunanya kita hanya berdemo ketika perang berlaku dan melupakan mereka ketika perang sudah berhenti.

" BERJUANG MENEMPAH SUSAH MENANGGUNG DERITA MENENTANG FITNAH,

ITULAH GELOMBANG SEORANG MUJAHID MEMBELA TAUHID"

Teruskan usaha-usaha kita selama ini DEMI TANAH AIR UMAT ISLAM..

SEMOGA ALLAH BERSAMA-SAMA KITA DI DALAM MENEGAKKAN SYIARNYA...

---kepada Imam Masjid Al-Aqsa, kami bersama anda dan rakyat disana..semoga kita sentiasa dalam rabitah TAUHID..

cetusan dari jiwa yang kerdil.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan