Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Ahad, 14 Jun 2009

Sunnguh Banyak Nikmat-MU

Entri kali ni berkaitan nikmat ALLAH..Sambungan entri yang lepas. Setiap insan wajar dan harus sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH..Nikmat yang datang sama ada dari segi kesihatan,kefahaman,kekayaan,dan sebagainya.

Dalam Surah Luqman ada menyebutkan tentang nasihat seorang ayah kepada anaknya supaya mensyukuri nikmat pemberian ALLAH. Ayat tersebut yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

Ayat di atas jelas menunjukkan peri pentingnya bersyukur dalam kehidupan manusia kerana dengan rasa syukur yang dizahirkan akan menambahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH S.W.T.

Sedar atau tidak sedar antara nikmat yang paling besar dalam kehidupan kita adalah NIKMAT IMAN & ISLAM. Ini kerana kedua-duanya merupakan tunjang kehidupan bagi seorang hamba yang kerdil di HADAPAN RABBUL IZZATI.

Tanpa kedua-duanya, manusia akan hanyut dan tenggelam dalam kehidupan dunia yang penuh dengan maksiat dan pancaroba. Amat rugilah bagi mereka yang mengaku BERIMAN DAN MENGANUTI ISLAM tetapi tidak mempraktikkan AJRAN ISLAM dengan sebaik.

Ingatlah wahai teman sekalian, bahawa kita semua akan ditanya tentang NIKMAT-NIKMAT yang dikurniakan kepada kita di akhirat kelak tentang bagaimana kita mempergunakan nikmat-nikmat tersebut ketika di dunia.


"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT MATA dengan melihat keindahan alam ciptaan ILAHI dengan sebaiknya atau mensia-siakan nikmat tersebut dengan perkara-perkara yang lagho?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT TANGAN dengan sentiasa bersedekah kepada yang berhak atau mensia-siakan dengan menggunakannya untuk merampas hak orang lain?


"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT MULUT yang dikurniakan dengan membaca kalam-kalamnya yang indah dan berzikir dengan nama-NYA yang mulia atau sebaliknya dengan mengadu domba,mengumpat,memfitnah dan sebagainya?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT TELINGA yang dikurniakan dengan mendengar majlis-majlis ilmu,bacaan ayat-ayat suci-NYA atau menggunakannya untuk mendengar hasutan,fitnah dan perkara-perkara yang lagho?

"Apakah kita telah menggunakan NIKMAT KAKI yang dikurniakan untuk ke tempat-tempat yang diredhai atau kita menggunakannya untuk ke tempat-tempat yang dilarang?

Nah,semua nikmat tersebut akan disoal di akhirat kelak.Di mana ketika itu tiada siapa pun yang dapat mempertahankan diri masing-masing kerana setiap anggota yang dikurniakan itu akan berkata-kata dengan izin ALLAh sebagai saksi di atas kelakuan kita di dunia dahulu. Hanya mulut(lidah) kita akan dikunci kerana ia tentu sekali akan petah untuk menafikan apa-apa yang didakwa.

Renungilah maksud ayat di bawah yang bermaksud:

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.(Surah Yasin: 65)

Semoga kita termasuk di kalangan hamba-hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat pemberian-NYA.AMIN.


"" YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN HAMBA-HAMBAMU YANG SENTIASA BERSYUKUR DAN TEMPATKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA DI KALANGAN PENUNTUT-PENUNTUT ILMU YANG BERAMAL DENGAN ILMUNYA "" AMIN YA RABB.


----Sekian sekadar untuk muhasabah bersama..

1 ulasan:

  1. ahlan di ucapkan..terima kasih krn sudi ziarah..sekadar untuk permulaan...

    BalasPadam