Setareh Minda


ShoutMix chat widget

Jumaat, 4 September 2009

JUMAAT KEDUA DI BULAN RAMADHAN

Hari ini genaplah sudah Ramadhan yang keempat belas disambut oleh seluruh umat Islam. Bagaimanakah puasa kita pada fasa yang pertama dahulu? Apakah masih di takuk lama atau sudah berada di tahap yang terbaik di sisi Rabbul Izzati?Sama-sama kita bermuhasabah dalam fasa yang kedua yang akan menutup tirainya tidak lama lagi.
Solat Jumaat di Masjid Muhafazah,Tanta di minggu kedua dalam bulan Ramadhan memberi penuh keinsafan untuk diri ini meneruskan sisa-sisa akhir di bumi Badawi untuk tahun ini. Khutbah dari khatib sangat-sangat memberi maksud yang mendalam bilamana beliau mengajak kita berfikir sejenak: Apakah kita mahu dipersoalakan dengan keadaan semasa disebabkan tindakn lepas tangan kita dengan hukum Tuhan?--(Cth: membiarkan anak-anak kita,adik beradik kita,saudara mara kita tidak bertudung.membiarkan generasi muda alpa dengan konsert-knosert yang melalaikan sehingga melupakan Tuhan, memperlekehkan hukum Tuhan yang telah lama dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasul-Nya dan pelbagai lagi penyakit umat)

Siapakah yangt harus dipersalahkan?Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan?Sedangkan Nabi telah menyatakan dalam Hadisnya ang mafhumnya berbunyi:

"Setiap kamu adalah penjaga/pemilik/ketua ke atas perkara-perkara yang ia jagainya atau ia kawal, maka kamu semua dipertanggungjawabkan apa yang ia jagai itu dengan sebaiknya" -- al-hadis-

Nah jelas,apa yang dinayatakan Nabi sejak dahulu lagi sebenarnya telah dilupakan oleh kita. Mungkin kerana kealpaan kita dalam mengejar dunia yang sentiasa memberikan keseronokan material semata-mata sehinggakan kita lupa untuk mengejar akhirat yang menjadi matlamat hidup sebenar seorang insan bernama Muslim dan Mukmin.

Kalau dilihat apa yang berlaku di tanh air ketika ini amatlah menyesakkan nafas sehingga menyebabkan pelbagai KECELARUAN DAN KEJELEKAN terhadap pemahaman ISLAM itu sendiri. Kes Kartika telah membuka minda.mata,telinga pihak-pihak yang selama ini mengaku perjuangkan ISLAM tetapi apabila hukuman yang Syumul hendak dilaksanakan masing-masing terpinga-pinga dengan alasan-alasan yang tidak konkrit. Siapakah yang harus dipersalahkan?--Ya tentu sekali pihak PEMERINTAH yang mengaku telah mesmerdekan negara selama 52 tahun lalu tetapi masih gagal untuk menjalankan atau melaksanakan hukum Islam yang sebenar---tepuk dahi,tanya IMAN- :)

Permasalahan yang berlaku ketika ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik apabila pihak PEMERINTAH kembali semujla dan mengamalakan AJARAN ISLAM YANG SEBENAR sama ada dalam bidang KEHAKIMAN,PENTADBIRAN,EKONOMI,POLITIK dan sebagainya Ini kerana kalau ISLAM itu DIPISAH-PISAHKAN mengikut kehendak HAWA NAFSU maka akibatnya sangat besar seperti mana yang kita lihat sekarang.

Allah telah menyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

"dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi" -- --ALI-MRAN-95

Jelas lagi terang firman dari ALLAH yang menyatakan bahawa andai manusia yang mengaku dan beriman akan keESAAN ALLAH pasti akan mengikut acuan ISLAM dalam kehidpannya.Oleh itu sempea RAMADHAN Mubarak ini, saya menyeru agar pihak pimpinan KERAJAAN kita sama-sama bermuhasabah agar tidak RUGI di kemudian hari. Ambillah peluang yang masih ada ini untuk menilai adakah pihak KERAJAAN BETUL-BETUL TELAH MEMAHAMI AJARAN ISLAM YANG SEBENAR sehingga masalah HUKUM ISLAM yang syumul tidak dapat dilaksanakan dalam negara yang majoritinya beragama ISLAM.

Sekadar memberi pandangan dan lontaran pendapat dari seberang laut untuk tatapan semua.

SALAM RAMDHAN AL-MUBARAK.


ISTAD,TANTA
6.00 PETANG
14 RAMADHAN 1430 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan