SEMPENA HARI LAHIRMU YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI,
					
KU TITIPKAN SEBUAH SAJAK UNTUKMU IBU 
					
AGAR BISA MENJADI HADIAH BUAT DIRIMU 
					
TIKA ANAKMU SEDANG BERJUANG MENUNTUT ILMU. 
					
 
 
UNTUKMU IBU
				
 IBU
					
Tika aku dalam kandunganmu,
				
aku diberi makanan rohani olehmu
				
tika aku dilahirkan
				
aku diberi makanan jasmani olehmu
				
tika aku sedang membesar
				
aku diasuh mengenal Tuhan Yang Esa
				
aku diajar mengeja,membaca,menulis
				
aku diberi didikan agama secukupnya
				
aku dilatih menjadi insan berguna
				
aku ditatang bagai minyak yang penuh
				
aku dijaga,dimanja,dibelai sepenuh kasihmu
				
 IBU
					
tika aku sudah pandai untuk berdikari
				
kau hantarku ke sekolah
				
supaya aku menjadi insan yang pandai
				
suatu hari kelak
				
kau hadir untuk membimbingku 
					
bilamana aku tidak keharuan
				
kau hadiahkan sesuatu untukku
				
bilamana aku peroleh kejayaan
				
kau memberi pesan padaku
				
agar menjadi pewaris harapan
				
demi keluarga,
				
demi agama,
				
demi bangsa,
				
demi negara.
				
 
 IBU
					
tarbiyah dan didikanmu
				
menjadikan aku sudah di hadapan
				
mengorak langkah mencari pengalaman
				
menyusun matlamat mencari keredhaan
				
mengatur persiapan meneruskan kehidupan
				
kehidupan sebagai anak
				
kehidupan sebagai pelajar
				
kehidupan sebagai ketua
				
kehidupan sebagai hamba
				
yang tidak lain tidak bukan
				
kerana mengharapkan
				
keredhaan Tuhan
				
namun tidak akan diperolehi 
					
tanpa keredhaan IBU yang menunjuk jalan
				
memberi pengorbanan
				
demi anak-anak yang masih mentah dalam
				
kehidupan..
				
IBU
				
tiada bicara yang dapat diluahkan
				
tiada harta yang dapat diberikan
				
hanya DOA yang mampu dititipkan
				
memohon kepada Tuhan
				
agar Dia memberi balasan
				
kerna jasamu dan pengorbananmu
				
mengurniakan kedudukan yang terbaik
				
kenikmatan kesihatan yang berpanjangan
				
serta Syurga yang terkanan
				
di akhirat kelak.
				
 
YA ALLAH PERKENANKANLAH DOA INI..AMEEN 
					
IBU
				
telah separuh abad usiamu
				
namun kau tetap tabah
				
menjaga daku dan adik-adik
				
kau tetap sabar
				
mencari rezeki untuk keluarga
				
kau tetap ceria
				
walaupun letih sebelum senja.
				
  
 
IBU,
				
akan ku hadiahi buatmu
				
sebuah KEJAYAAN yang bermakna untukmu
				
sempena hari lahirmu yang kan kunjung tiba
				
 IBU,
					
maafkan anakmu kerana tiada bersama
				
di sisimu tika itu
				
hanya DOA dibibirku
				
semoga ibu dalam bahagia selalu.
				
AMEEN...
				
 
 
 SELAMAT HARI LAHIR IBU..
					
SEMOGA DIKAU DIBERI KESIHATAN YANG BAIK,
				
KEBERKATAN DALAM AMALAN,
				
USIA YANG BERPANJANGAN
				
OLEH RABBUL IZZATI 
					
TUHAN SEKALIAN INSAN
				
 
 
Nukilan nurani:
				
permata tanta,
				
3.oo p.m
				
13 Ramadhan 1430
				
Istad Tanta,Egypt.
				
 
 
 
 
				
YA RAHMAN,
YA RAHIM, 
KASIHANILAH IBU DAN AYAH KAMI
SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI KAMI
TIKA KAMI MASIH KECIL,
AMPUNILAH DOSA-DOSA MEREKA
KERANA ENGKAU SEBAIK-BAIK 
					
YANG MEMBERI KEAMPUNAN
SERTA TEMPATKANLAH MEREKA BERDUA DI DALAM
REDHA-MU
DAN PAYUNGILAH MEREKA DENGAN 
					
RAHMAT-MU
SERTA BERKATILAH MEREKA
DENGAN KASIH SAYANGMU
KERANA ENGKAULAH SEBAIK-BAIK
TEMPAT UNTUK DAKU MEMOHON 
					
DAN MENGADU...
 
 
 
				 
 
 
sanah helwa ibu!!
BalasPadamhepi besday yang ke- ?? ops rahsia~!! (^_^)
moga ibu kekal muda dan ceria selalu
salam sayang dari subang~